Sensitif
Terhadap Agama
Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah ditanya
berkenaan keputusan beliau untuk mengerah segala kekuatan ketenteraan bagi
menghadapi golongan murtad dan mereka yang enggan mengeluarkan zakat sehingga
kelihatan beliau seolah-olah memandang ringan terhadap keselamatan kota
Madinah. Lantas beliau mengungkapkan:
أَيَنْقُصُ
الدِّينُ وَأَنَا حَيٌّ؟
“Adakah agama dibiarkan tercemar sedangkan aku masih hidup?”
Demikianlah, sensitifnya jiwa Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a
terhadap pencemaran agama. Dimanakah pula jiwa sesensitif itu pada hari ini?
Semoga jiwa sensitif terhadap kesungguhan untuk mendaulatkan Islam
sebagai Ad-Din dalam pembentukan diri dan keluarga terus marak demi melahirkan
masyarakat dan ummah yang diredai Allah SWT. Amin.